Sunday, October 26, 2014

Kehangatan wap kopi di tangan mu


Hujan malam ini,
ku biar angin meniup hati, dingin.
umpama hologram, terpancar babak kita minum kopi di balkoni. Vivid.

teringat malam-malam cerah dulu
saat kau selalu ada
bersama menghitung bintang, memuja indahnya bulan.

Andai malam gelap, mendung tak berbulan, kau tetap ada.
setia dengan kopi di tangan.
sedia menghangatkan aku.

Hujan malam ini. Dingin.
Ku toleh ke sisi mencari kelibatmu.
membuka hidung seluasnya, cuba menghidu aroma kopimu.
hangat ku rasa bukan kerana kasihmu,
tapi kerana air mata rindu pada mu.

No comments: